PETALING JAYA: Pemuda UMNO mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula formula menentukan harga minyak bagi membolehkan rakyat menikmati kadar minyak lebih rendah berdasarkan harga pasaran dunia. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, perkara itu telah dilaksanakan di Thailand apabila rakyatnya menikmati harga minyak lebih rendah bermula hari ini sejajar dengan jatuhnya harga minyak mentah global susulan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran. Katanya, keadaan itu berlaku…










