NIBONG TEBAL : Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah berjaya membantu menyelesaikan tidak kurang daripada 2,344 kes secara mediasi atau rundingan tanpa perlu melalui sebarang proses mahkamah, tahun lepas. Ketua Pengarah JBG, Datuk Norazmi Mohd Narawi berkata, antara kes tersebut termasuk kes sensitif berkaitan masalah rumah tangga, hak jagaan anak, nafkah serta beberapa isu lain. “Kadang-kadang terlalu awal untuk kita bawa sesuatu kes itu ke mahkamah dan kadang-kadang juga kes berkenaan…








