PETALING JAYA: Siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dikaitkan dengan dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, pihaknya menunggu respon daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebelum sebarang pendedahan dibuat. “Kita perlu pastikan siasatan berkenaan selesai sepenuhnya sebelum apa-apa tindakan lanjut berkait…










