Isteri Amirul Hafiz mahu saman RM1 juta

Isteri Amirul Hafiz mahu saman RM1 juta

NUR NADIA ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar mahu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian suaminya.

Nur Nadia Abdul Majid, 32, berkata, sebagai isteri dia hanya mahu pembelaan terhadap apa yang menimpa suaminya.

“Saya mahu nyawa dibalas nyawa,” katanya ringkas ke­tika di­temui di pekarangan Mah­kamah Klang semalam.

Dalam pada itu, peguam Mohd. Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia berkata, isteri Allahyarham berhasrat untuk memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap pemandu mabuk itu.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengiraan terlebih dahulu termasuklah gaji dan jumlah tanggungan anak guamnya.

“Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.

“Saya akan berbincang dengan anak guam, tetapi jumlah itu perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang serta ketetapan kes-kes terdahulu,” katanya.

Allahyarham Amirul Hafiz Omar meninggal dunia selepas di­rempuh seorang pemandu yang didakwa di bawah pengaruh al­kohol dan dadah Ahad lalu.

Tertuduh, R. Saktygaanapathy didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan menyebabkan kematian mangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN