Harga minyak naik susulan kenyataan Trump

Harga minyak naik susulan kenyataan Trump

HARGA minyak petrol dan diesel meningkat di Singapura akibat perang Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga minyak melonjak lebih AS$4 hari ini susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Washington akan meneruskan serangan terhadap Iran, termasuk menyasarkan sektor tenaga dan minyak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Trump bagaimanapun tidak memberikan garis masa jelas berhubung penamatan konflik berkenaan, sekali gus meningkatkan kebimbangan pasaran global terhadap gangguan bekalan tenaga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$4.88 atau 4.8 peratus kepada AS$106.04 setong setakat 0200 GMT.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik AS$4.17 atau 4.2 peratus kepada AS$104.29 setong.

Kenaikan mendadak itu berlaku selepas kedua-dua penanda aras berkenaan sebelum ini susut lebih AS$1 pada awal dagangan dan ditutup lebih rendah pada sesi sebelumnya, sebelum kembali melonjak susulan perkembangan terbaharu konflik tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN