KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda RM8,000 terhadap seorang lelaki kerana gagal mempamerkan tanda amaran larangan penjualan produk merokok kepada individu bawah 18 tahun di premis perniagaannya, Julai tahun lalu. Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Nuzul Hamdan Mohd. Zulkifli, 28 selepas dia mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atasnya. Mahkamah turut memerintahkan pemuda itu dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal…










