PETALING JAYA: Syarikat media digital, Foodie Media Bhd. merekodkan keuntungan bersih bernilai RM3.19 juta bagi suku kedua berakhir 28 Februari 2026, didorong terutamanya oleh aktiviti teras media digitalnya. Walau bagaimanapun, perolehan bersih bagi suku tersebut menyusut 15.6 peratus berbanding RM3.78 juta yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan 2026. Pendapatan suku tahunan syarikat pula meningkat kepada RM13.19 juta berbanding RM12.56 juta pada suku sebelumnya, disumbangkan oleh tajaan dan hantaran pemasaran…










