Fokus kepada tujuan sebenar misi kemanusiaan, tidak perlu perbalahan - Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Fokus kepada tujuan sebenar misi kemanusiaan, tidak perlu perbalahan – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana menyeru orang ramai untuk berhenti berbalah dan kembali fokus pada tujuan utama misi kemanusiaan Global Sumud Flotila 2.0 (GSF)untuk membantu rakyat Palestin.

Menurut Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, misi kemanusiaan tersebut sudah terikat dengan garis panduan yang jelas serta pertimbangan daripada pihak berkuasa.

“Setiap perkara ada panduan dan pertimbangannya dan ia telah pun dijelaskan oleh pihak berautoriti

“Sekarang, kembalikan fokus kepada tujuan sebenar, misi kemanusiaan ini, solidariti untuk Palestine. Dan usaha membawa suara mereka ke pentas dunia.

“Kita tak perlukan perbalahan. Kita perlukan kesatuan, kekuatan, dan tindakan. Kekal Sumud kalian!,” katanya di Threads.

Difahamkan, Zizi berkata demikian selepas wujudnya pertikaian mengenai penglibatan golongan wanita dalam misi kemanusiaan GSF 2.0 kali ini.

Sejak Isnin lalu, rata-rata netizen mempertikaikan penglibatan beberapa selebriti wanita tanah air yang nekad untuk membantu saudara sesama Islam yang ditindas kejam oleh Zionis di Palestin.

Antara selebriti yang menerima kecaman yang teruk adalah Ardell Aryana susulan luahan seorang netizen yang kurang senang dengan keputusannya untuk meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil serta ibunya yang sakit.

Bagaimanapun, suami kepada Ardell, Nadzmi Adhwa tampil membela isterinya selain menyatakan dia secara terbuka mengizinkannya untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut dan berlapang dada untuk menguruskan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN