KUALA LUMPUR: Pelakon, Eyka Farhana, 31, disahkan hamil anak lelaki.
Berita gembira itu dikongsi rakannya yang juga pelakon, Elisya Sandha menerusi hantaran di Instastorynya.
”Bayi lelaki! Tepat sangkaan saya! Tahniah sayangku Eyka Farhana. Saya tumpang gembira,” kongsinya.
Elisya turut berkongsi momen jantina bayi itu diumumkan dalam majlis yang diadakan petang tadi.
Terdahulu Eyka berkongsi berita kehamilannya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.
Untuk rekod, pelakon berkenaan sah bergelar isteri pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad akhyar Abdul Rashid pada Mei 2025. – UTUSAN










