KARYA besar dan karya kecil bertitik tolak daripada gerak kerja penyusunan ilham, idea, fikiran, fakta dan momen biasa dan luar biasa lantas menjadi berwarna-warni dek penyisipan emosi, nilai dan maruah insaniah. Bersandarkan kerangka inilah, saya terdorong menghimpunkan karya 51 sahabat pengkarya dalam gerak kerja mendokumentasikan kenangan. Fitrah kerjanya menuntut masa, kudrat, minat dan muafakat. Justeru, terhasillah manuskrip Siri Imbauan Era Sekolah (SIES) yang bertemakan jalur kenangan pada era persekolahan. Lima…










