NARATHIWAT (THAILAND): Empat senjata api yang digunakan dalam serangan menyebabkan kematian Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae dan teman wanitanya pada 1 April lalu, pernah digunakan dalam 19 kejadian lain sejak 2009. Timbalan Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Eakvarit Chobchoophol berkata, ia melibatkan dua laras senjata perang iaitu raifal AK-47, M16 serta dua pucuk pistol masing-masing jenis 45 dan 9mm. Katanya, senjata yang paling…










