Dadah: AGC tolak representasi Namewee

Dadah: AGC tolak representasi Namewee

NAMAWEE yang didakwa atas kesalahan memiliki dadah ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi penyanyi rap kontroversi, Namewee berhubung pertuduhan memiliki bahan terlarang iaitu racun berjadual Sildenafil di sebuah hotel, tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal, ketika prosiding di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim di sini hari ini.

Sebelum ini, peguam bela tertuduh, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor mengemukakan representasi bagi memohon agar pertuduhan tersebut ditarik balik atau dipinda kepada kesalahan yang lebih ringan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 19 Januari lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.78 gram (g) Sildenafil di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay, di sini, pada pukul 4.30 petang, 22 Oktober 2025.

Pertuduhan dikemukakan berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah bagi pertuduhan memiliki 1.57g dadah jenis methamphetamine di tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau dikenakan hukuman denda maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret berlainan di sini melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan mengambil dadah jenis amphetamine, methamphetamine,11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carbolic Acid (THC) dan ketamin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN