KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menolak representasi dua warga China berhubung tuduhan menceroboh kawasan larangan di Kementerian Pertahanan, tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi semasa sesi pengurusan kes di hadapan Hakim Suhaila Haron di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Mahkamah kemudian menetapkan selama empat hari bagi sesi perbicaraan di peringkat pendakwaan iaitu pada 29 hingga 30 April dan 3 hingga 4 Jun…










