PORT DICKSON: Meskipun membesar dalam keadaan serba kekurangan, ia tidak mematahkan semangat seorang anak asnaf untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasilnya, menurut Mohamad Shaqir Izani Mohamad Shahir, 18, dia berjaya meraih keputusan 9A dalam peperiksaan itu yang diumumkan baru-baru ini. Katanya, dia tinggal bersama bapanya, Mohamad Shahir Alias, 42, yang hanya mampu bergerak menggunakan lutut dan neneknya, Salasiah Ismail, 72, yang menghidap tiga jenis kanser.…










