GEORGE TOWN: Kerajaan perlu memasukkan bahan kimia ftalat dan bisphenol dalam sistem Sistem Maklumat Bahan Berbahaya Kepada Alam Sekitar Malaysia (MyEHS) dan Senarai Bahan Kimia Keutamaan Kebangsaan. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, selain itu terdapat keperluan untuk kerajaan mempertimbangkan larangan penuh bahan tersebut dalam semua produk pengguna. Beliau berkata, langkah itu penting bagi melindungi kesihatan awam daripada pendedahan bahan kimia berbahaya seperti ftalat dan bisphenol…










