Berpisah cara baik, tiada dendam - Yusuf Bahrin

Berpisah cara baik, tiada dendam – Yusuf Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Tiada pasangan yang mahukan perceraian, tapi ketentuan ini sudah tertulis.”

Demikian perkongsian pelakon, Yusuf Bahrin selepas sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zizi Kirana menerusi satu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pagi tadi.

Menurut Yusuf dia reda dengan perceraian itu meskipun telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu.

“Tidak ada pasangan berkahwin yang mahu bercerai. Tapi dalam kisah hidup kami, inilah pengakhiran yang saya sendiri tidak pernah jangka dan tidak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya.

“Kami sudah buat yang terbaik, sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan (rumah tangga), tapi benda jadi begini.

“Namun kami berpisah secara baik, tak ada dendam dan permusuhan. Alhamdulillah. Saya minta doa daripada kalian untuk kebahagiaan kita semua Insya-Allah,” katanya.

Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu dan perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie kepada Zizi, Haiza susulan tamat prosiding berkenaan sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Prosiding hari ini adalah satu permohonan perceraian di bawah sesyen 47, yang mana Zizi dan Yusuf bersetuju dengan permohonan perceraian ini.

“Lafaz cerai talak satu secara raj’i oleh Yusuf telah direkodkan dihadapan hakim, Saifullah Hamzah.

“Prosiding hari ini berjalan lancar dan semuanya selesai,” katanya.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin, 34, tiba di mahkamah berpakaian serba hitam kira-kira pukul 8.40 pagi.

Sementara itu, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, tampil berbusana jubah serba hitam hadir bersama pelakon, Umie Aida tepat pukul 8.45 pagi.

Zizi dalam pada itu tidak bercakap panjang apabila diminta mengulas mengenai perceraian tersebut.

“Tak ada komen, semuanya sudah selesai,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Zizi dan Yusuf menimbulkan pelbagai spekulasi kerana menyambut Hari Raya secara berasingan tahun ini.

Yusuf dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya ketika meraikan lebaran, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan pengikut mengenai keberadaan isterinya.

Khabar angin pergolakan rumah tangga pasangan itu bertiup kencang apabila keduanya dilihat tidak lagi berkongsi foto dan video bersama di media sosial selain masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga sejak September 2021. Keduanya bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. –

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN