KOTA BHARU: Kawasan belukar menjadi penyumbang utama kes kebakaran di Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut apabila mencatatkan sebanyak 32,313 kes daripada keseluruhan 39,173 kes pembakaran terbuka. Ia direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula 2024 hingga Mac lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, berpandukan kepada analisis dijalankan, pihaknya mendapati berlaku peningkatan semula kes kebakaran belukar pada tahun ini setelah menunjukkan penurunan pada tahun lalu.…










