KUALA KANGSAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempraktikkan amalan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang kerap ke daerah-daerah untuk melihat perkembangan rakyat. Perdana Menteri berkata, beliau melakukan sedemikian bagi memastikan projek-projek kepentingan rakyat tidak terabai. “Saya sekarang antara lain adalah untuk melawat daerah-daerah. Saya belajar daripada pengalaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Dia melawat ke daerah dan tanya tentang projek-projek kecil rakyat. “Tidak tanya gedung twin towers…










