Bekas pemimpin UMNO tidak akan kembali jika berprinsip - Utusan Malaysia

Bekas pemimpin UMNO tidak akan kembali jika berprinsip

BIARLAH UMNO terus berada dalam Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang diumumkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemimpin yang dipecat atau meninggalkan UMNO atas prinsip perjuangan Islam dan ummah tidak akan kembali menyertai parti itu, sekiranya ia bertujuan mengukuhkan kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan Parti Pri­bumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO kini merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran dengan Pa­katan Harapan (PH) yang disifatkan gagal dan terlibat dalam pentadbiran yang membebankan rakyat.

Katanya, pemimpin UMNO juga memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sekali gus menolak kerjasama sesama parti Melayu-Islam yang lain.

“Mereka yang dipecat atau meninggalkan UMNO kerana prinsip perjuangan Islam dan ummah, agama, bangsa dan tanah air tidak akan kembali kepada UMNO.

“Lebih-lebih lagi jika ia bertujuan untuk mengukuhkan kerajaan perpaduan dan kedudukan Anwar.

“Tindakan yang patut dilakukan UMNO ketika ini adalah keluar daripada kerajaan campuran PH dan meninggalkan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pe­ne­rangan Pas, Ahmad Fadh­li Shaari berkata, pihaknya tidak mahu mengulas me­nge­nai parti lain, sebaliknya mem­beri tumpuan kepada pe­merkasaan parti sendiri serta memperkukuh Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN