PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penjualan saham. Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam kerana disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun tersebut. Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek…










