KANGAR: Malaysia tidak perlu bimbang mengenai bekalan beras untuk menampung keperluan di negara ini memandangkan beras dunia mempunyai lebihan sehingga 100 juta tan metrik. Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman berkata, sekiranya hasil beras negara tidak mencukupi ekoran faktor kemarau, Malaysia boleh mengimport beras dari negara luar khususnya India yang mempunyai lebihan sehingga 30 juta tan metrik. Beliau tidak melihat faktor kemarau atau kenaikan harga diesel ketika ini mengganggu…










