Batik Air perkenal laluan baharu ke Shanghai, Sydney

Batik Air perkenal laluan baharu ke Shanghai, Sydney

BATIK Air memperkenalkan dua la­luan baharu ke Shanghai China dan Sydney Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Batik Air perkukuh rangkaian antarabangsanya de­ngan memperkenalkan dua la­luan terus baharu ke Shanghai China dan Sydney Australia sebagai memenuhi peningkatan permintaan perjalanan Ta­hun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Laluan Kuala Lumpur (KL) ke Shanghai bermula pada 23 Jun, adalah pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian Batik Air ke China, melengkapkan destinasi sedia ada seperti Changsha, Chengdu, Guangzhou, Kunming, Xiamen dan Zhengzhou, menggunakan pesawat Boeing 737.

Selari dengan pengembangan itu, ia turut memperkukuh kehadirannya di Australia melalui pengenalan perkhidmatan terus Kuala Lumpur ke Sydney yang akan bermula pada 1 Julai menggunakan pesawat Airbus A330 bagi meningkatkan kapasiti dan keselesaan perjalanan jarak jauh.

Ketika ini, Batik Air beroperasi ke Australia melalui Brisbane, Melbourne, Perth dan Sydney melalui Denpasar, selain 14 penerbangan mingguan terus KL ke Perth.

Perkhidmatan baharu tanpa henti ke Sydney yang beroperasi tujuh kali seminggu ini melengkapkan operasi sedia ada dan memperkukuh lagi ketersambungan dalam salah satu pasaran antarabangsa utama syarikat penerbangan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata, Batik Air terus menyelaraskan rangkaian dengan permintaan pasaran berterusan. Penambahan itu, memperkukuh laluan antarabangsa paling penting bagi syarikat.

“Laluan ini menyokong sektor pelancongan dan perjalanan perniagaan sambil meningkatkan ketersambungan antara Malaysia dan pasaran global utama,” katanya.

“TMM2026, peningkatan ketersambungan udara memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ketibaan pelancong. China dan Australia kekal sebagai pasaran penting dan perkhidmatan ini membantu memudahkan pergerakan pelancong memperkukuh hubungan ekonomi dan rakyat dengan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN