AstroBiz Lancar BizOne Rewards Serba Baharu

AstroBiz Lancar BizOne Rewards Serba Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan sokongan pemasaran terjamin bernilai RM17.5 Juta, kempen BizOne Rewards yang dipertingkatkan kembali dengan tawaran sokongan pemasaran di TV, radio dan platform digital untuk membantu premis F&B menarik lebih ramai pelanggan

KUALA LUMPUR: Astro BizOne, sebuah pek ringkas untuk outlet makanan dan minuman (F&B) oleh Astro, mengumumkan kesinambungan kepada kempen Rewards dengan pelancaran Astro BizOne Rewards yang serba baharu.

Kempen serba baharu ini menawarkan sehingga RM17.5 juta sokongan pemasaran terjamin bagi membantu premis F&B di seluruh negara dalam menarik lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Kempen tahun ini meneruskan kejayaan penganjuran kempen pertama Astro BizOne Rewards tahun lalu, namun dengan format baharu yang menawarkan ganjaran pemasaran terjamin, menggantikan konsep cabutan bertuah sebelum ini.

Melalui model ini, premis F&B yang melanggan pakej Astro BizOne akan menerima peluang pemasaran melalui saluran televisyen, radio dan platform digital Astro mengikut tahap langganan mereka.

Sepanjang kempen Astro BizOne Rewards yang lalu, 200 premis F&B di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.

Ini termasuk 87 premis dipromosikan melalui Astro Audio Ads, manakala 48 premis masing-masing mendapat slot video di Buletin Awani dan Borak SeeNI, memberikan mereka pendedahan media nasional yang amat bernilai kepada perniagaan kecil.

Kempen lepas turut menghubungkan komuniti setempat melalui penganjuran pesta tontonan bersama, sesi ramah mesra serta liputan promosi makanan.

Tan Sian Tuang, Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna dan Perusahaan, Astro, berkata, “Pemasaran ialah pemangkin pertumbuhan perniagaan, dan gabungan kuat saluran TV, radio dan digital Astro memberikan Industri Kecil Sederhana (IKS) peluang untuk dikenali oleh lebih ramai pelanggan.

“Dengan kos pemasaran yang semakin meningkat, pengusaha F&B sentiasa mencari cara yang praktikal untuk menonjolkan perniagaan mereka.

“Astro BizOne Rewards diwujudkan bagi memberi pendedahan yang mudah diakses dan bermakna kepada IKS menerusi ekosistem media Astro,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, katanya, ramai pengusaha F&B di seluruh Malaysia berjaya menarik lebih ramai pelanggan, dan sambutan yang diterima menunjukkan impak sebenar kempen ini.

“Tahun ini, kami ingin terus mengukuhkan usaha tersebut supaya lebih banyak premis dapat menikmati pendedahan dan membuka peluang pertumbuhan baharu, “ ujarnya.

Sementara itu, pemilik Restoran Nasi Lemak Burung Hantu Gombak, Irfan yang menerima sokongan pemasaran menerusi Astro Audio Ads tahun lalu pula berkata: “Iklan berkenaan restoran kami melalui Astro Audio Ads membuka pintu premis kami kepada pelanggan yang sebelum ini tak dapat kami capai sendiri.”

Katanya, sebagai perniagaan kecil, mereka selalunya fokus pada pelanggan tetap, tetapi kempen ini membawa masuk jumlah pelanggan yang lebih besar.

“Tak lama selepas itu, pelanggan baharu mula datang dan memberitahu bahawa mereka dengar iklan kami di radio. Sejak itu juga, aliran pelanggan kini lebih konsisten dan pendedahan tersebut benar-benar membantu perniagaan kami berkembang, “ ujarnya.

Ganjaran Pemasaran Terjamin Untuk Premis Yang Layak

Premis F&B yang layak akan menerima satu ganjaran pemasaran terjamin, berdasarkan nilai langganan bulanan minimum BizOne mereka.

Astro Audio Ads + Slot Buletin Awani (Langganan minimum: RM1,200 sebulan)
Nilai ganjaran: ± RM163,000
Slot berdurasi 1 minit beserta temubual di Buletin Awani, saluran berita terkemuka negara
Liputan atas talian di platform digital & sosial Astro Awani
56 slot iklan radio selama 7 hari (8 kali sehari) untuk meningkatkan kesedaran dan menarik pelanggan

Astro Audio Ads + Slot TV Borak SeeNI (Langganan minimum: RM1,000 sebulan)
Nilai ganjaran: ± RM111,000
Segmen khas di Borak SeeNI, program bual bicara di Astro Prima yang berkonsepkan hiburan dan perniagaan, trend industri serta kisah kejayaan
Pendedahan tambahan di platform sosial Borak SeeNI
56 slot iklan radio selama 7 hari (8 kali sehari) untuk meningkatkan kesedaran dan menarik pelanggan

Astro Audio Ads + Artikel Majalah Digital (Langganan minimum: RM800 sebulan)
Nilai ganjaran: ± RM78,000
Iklan radio berdurasi 30 saat disiarkan 35 kali dalam 7 hari di sehingga dua stesen Astro Radio (Astro Audio memiliki 12 stesen radio seluruh Malaysia termasuk ERA, Hitz, Mix, MY, Raaga, Sinar, Lite, Gegar, Zayan, Melody, GoXuan, ERA Sabah dan ERA Sarawak)
Artikel di majalah digital seperti Rasa, Maskulin, Nona atau Vanilla Kismis, membantu premis menyampaikan kisah di sebalik premis mereka dan menarik pelanggan

Kempen Astro BizOne Rewards ini akan berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027.

Premis F&B baharu yang melanggan pakej Astro BizOne dengan nilai minimum RM800 sebulan layak menerima ganjaran mengikut tahap langganan secara automatik. Selepas langganan aktif, pihak AstroBiz akan mengesahkan kelayakan dan menghubungi premis dalam tempoh 60 hari untuk proses penebusan ganjaran.

Astro BizOne menawarkan rangkaian penuh siaran sukan langsung dan kandungan hiburan, termasuk acara utama seperti Premier League, kejohanan BWF, Liga Malaysia, STL, Formula 1, kriket, tenis, serta 26 lagi saluran selain sukan.

Ia juga menawarkan harga langganan yang berpatutan sesuai dengan keperluan perniagaan dan juga kapasiti pelanggan.

Premis perniagaan yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh menghubungi pihak AstroBiz Sales atau mana-mana Rakan Perniagaan Sah, hubungi saluran khidmat pelanggan AstroBiz di talian +603 9544 7566 atau e-mel: [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN