Apa jadi kalau rahsia dan aib orang 10 tahun lepas saya dedahkan - Faye Kusairi

Apa jadi kalau rahsia dan aib orang 10 tahun lepas saya dedahkan – Faye Kusairi

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sebab kadang-kadang, memang sangat-sangat rasa tercabar.”

Demikian luahan pelakon, Faye Kusairi berkongsi perasaan di laman Threads yang mencuri tumpuan netizen.

Tanpa menyebut nama sesiapa, pelakon berusia 38 tahun itu memberi bayangan sedang memendam kemarahan terhadap seseorang yang sekian lama menyakitinya.

“Apa jadi kalau rahsia dan aib orang 10 tahun lepas saya dedahkan sekarang ya?

“Saya tertanya-tertanya juga apa kebaikannya kalau saya berbuat sedemikian?”

“Sebab kadang-kadang, memang sangat-sangat rasa tercabar. Macam mana ya?” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima banyak respons pengguna laman tersebut. Rata-rata menasihatkan pelakon itu meninggalkan niatnya itu.

“Lebih baik jangan. Ingat, anda juga ada aib dan ianya diketahui umum,” tulis seorang pengguna Threads.

“Jangan kak, takut aib sendiri yang terbuka,” tulis seorang lagi pengguna laman tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN