KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang perlu berwaspada agar tidak terlalu bergantung pada kecerdasan buatan (AI) sehingga boleh menghakis elemen manusia dalam amalan undang-undang. Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, kebimbangan itu khususnya melibatkan peguam muda yang mudah terdedah kepada kebergantungan terhadap teknologi berkenaan. “Menjadi insan bermakna melalui proses pembelajaran, melakukan kesilapan, berdepan cabaran dan mengingati. Tidak dinafikan, AI menyebabkan kita semakin kurang menggunakan keupayaan mental sendiri.…










