KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tuaran berkuatkuasa 1 April lalu, namun mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu. Bekas menteri Persekutuan ini berkata, tindakan itu dilakukan bukan kerana wujud masalah dalam Umno Sabah, sebaliknya, ingin memberi peluang kepada orang baharu untuk memimpin bahagian itu. Katanya, dalam suasana politik sekarang, Umno Sabah memerlukan pemimpin muda…









