KUALA LUMPUR: Seramai 76 anggota dilantik bagi menganggotai Tribunal Pekerja Gig (TPG) dan Majlis Perundingan Gig (MPGig) sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025. Pelantikan TPG melibatkan 22 Pengerusi Mahkamah Perusahaan secara interim dan 28 Pegawai Perhubungan Perusahaan, manakala MPGig, ia membabitkan 26 anggota merangkumi wakil kerajaan, pekerja gig serta entiti kontrak diketuai Datuk Dr. Gazali Abas selaku Pengerusi. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, penubuhan tribunal…








