5,364 jemaah haji Malaysia tiba setakat kini

5,364 jemaah haji Malaysia tiba setakat kini

JEMAAH haji selamat tiba dari Madinah di Tanah Suci Mekah, semalam.-TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci setakat pukul 12 tengah malam ini, sekali gus menandakan kelancaran fasa awal pergerakan jemaah bagi musim haji tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19 penerbangan yang membawa jemaah Malaysia telah selamat tiba, manakala satu lagi penerbangan kini dalam perjalanan ke Madinah.

Ketibaan jemaah secara berperingkat itu diuruskan oleh Tabung Haji (TH) bagi memastikan semua urusan berjalan lancar serta kebajikan jemaah terus terpelihara.

Pergerakan jemaah Malaysia ke Tanah Suci dijangka terus berlangsung dalam tempoh terdekat dengan lebih banyak penerbangan dijadualkan bagi membawa baki jemaah secara berperingkat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN