PUTRAJAYA: Kerajaan mengesahkan 200 juta liter diesel yang dilaporkan sedang dalam perjalanan ke pantai Australia bukan bekalan milik Malaysia. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah disahkan oleh Pusat Arahan Komunikasi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan pihak berkaitan. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, dakwaan itu merujuk kepada laporan berkaitan penghantaran bekalan api yang melibatkan beberapa negara termasuk Brunei dan Malaysia. “Bekalan diesel berkenaan adalah sebahagian…










