10,000 peniaga di tapak DBKL nikmati diskaun kadar sewa sebanyak 50 peratus selama 2 tahuN

10,000 peniaga di tapak DBKL nikmati diskaun kadar sewa sebanyak 50 peratus selama 2 tahun

Hannah Yeoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 10,000 peniaga di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menikmati pengurangan kadar sewaan tapak sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua tahun sebagai langkah meringankan beban kos operasi mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, DBKL dan Perbadanan Labuan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) terawal mengumumkan inisiatif bagi meringankan beban kos sara hidup peniaga susulan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata, pengurangan kadar sewa tapak penjaja dan premis di bawah seliaan DBKL itu berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Disember 2027.

“Kami ada senarai panjang penjaja di bawah DBKL membabitkan 10,000 tapak perniagaan termasuk medan selera dan pasar,” katanya selepas merasmikan Program Putrajaya Aktif di sini, hari ini.

Katanya, Perbadanan Putrajaya (PPj) kini masih meneliti pendekatan terbaik sebelum melaksanakan langkah sama, termasuk menilai bentuk bantuan tambahan, selain diskaun sewa.

Menurutnya, buat masa ini, kerajaan memberi keutamaan kepada pengurangan kadar sewa berbanding bentuk subsidi lain selain mengambil kira kekangan kewangan dan keperluan menjana hasil alternatif.

“Apabila sewa dikurangkan, kami perlu mencari sumber hasil lain kerana kami juga berdepan peningkatan kos operasi termasuk kenaikan harga minyak,” katanya.

Mengulas mengulas Program Putrajaya Aktif, Hannah berkata, kerajaan turut melancarkan kelas sukan percuma membabitkan sepak takraw dan lompat tali di Putrajaya sebagai langkah menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, program ini dipilih kerana kosnya rendah dan mudah dipraktikkan sendiri oleh kanak-kanak di rumah.

“Kelas ini diadakan dua kali sebulan, minggu kedua dan keempat, membabitkan 50 peserta setiap sesi di empat lokasi sekitar Putrajaya dan dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN