Zamri Vinoth mohon dibicarakan

Zamri Vinoth mohon dibicarakan

ZAMRI Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kegentaran awam, bulan lalu. -UTUSAN/ Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah), Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam. 

Zamri mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat kenyataan dalam akaun Facebook miliknya ‘Zamri Vinoth’ dan kenyataan itu mungkin menimbulkan kegentaran awam sehingga boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kenyatan itu kemudian telah dilihat dan didengar oleh seorang lelaki berusia 45 tahun di Restoran Nasi Kandar, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada pukul 12.22 tengah hari, 3 Februari lalu. 

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN