ALOR GAJAH: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbakar selepas dirempuh sebuah lori treler dalam kejadian di Kilometer 193.8 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, mangsa, Muhamad Othman, 62, dari Batu Pahat, Johor. Beliau berkata, kenderaan pacuan empat roda terbabit membawa muatan minyak masak, terbakar akibat pelanggaran tersebut. Menurut beliau, kejadian dipercayai…










