MELAKA: Seorang wanita mengandung berusia 20 tahun dibelasah suaminya dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa dipercayai dipukul, dilempang dan ditarik rambut, sebelum kepalanya dilanggar menggunakan sebuah motosikal oleh suaminya berusia 22 tahun. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tindakan agresif suspek terhadap mangsa yang tidak mampu melawan.…










