SEREMBAN : Seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barang kemas milik seorang pesakit di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 13 Mac lalu. Siti Aisyah Rusly, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli. Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencuri seutas rantai leher emas beserta loket, seutas gelang tangan emas, seutas gelang kaki emas dan sepasang…










