PETALING JAYA: Kerajaan digesa menghentikan amalan mengumumkan cuti umum secara mengejut kerana disifatkan sebagai tabiat ekonomi tidak sihat yang memberi tekanan kewangan kepada perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, trend pengumuman cuti secara mendadak menyukarkan perniagaan membuat perancangan selain meningkatkan kos operasi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Menurutnya, pengilang terpaksa menanggung penalti dan membayar…










