PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin parti tersebut masih mempunyai kekuatan dalam meraih sokongan orang Melayu. Beliau berkata, ini kerana parti politik Melayu ketika ini yang jelas berpecah belah menyebabkan kuasa dan kedudukan politik Melayu di negara ini semakin kurang sama ada secara persepsi atau realiti. “Itulah yang dirasai oleh sebahagian daripada orang Melayu bahawa terlalu banyak parti politik Melayu yang boleh memecahkan kekuatan bangsa itu sendiri.…










