Tunku Mahkota Ismail, MB Johor ucap tahniah keputeraan rasmi Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Ismail, MB Johor ucap tahniah keputeraan rasmi Sultan Ibrahim

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan,” titah baginda di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447H.

“Dengan segala hormat dan takzimnya yang berdatang sembah patik dan seluruh Bangsa Johor, Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN