JOHOR BAHRU: Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi mengiringi aktivis, Arun Dorasamy, hari ini boleh menjejas imej kerajaan Madani.
Sehubungan itu, bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP tersebut diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kapasiti penglihatannya dalam perkara tersebut.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata,sebagai seorang anggota kabinet kerajaan, Kulasegaran perlu memastikan proses perundangan itu berjalan tanpa melibatkan mana-mana institusi politik.
“Kita tidak mahu perkara seperti ini memberi gambaran salah kepada rakyat. a seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau cuba menunjukkan sokongan politik terhadap beliau.
“Kita bimbang tindakan ini boleh merosakkan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia,”” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun yang dihadapkan ke mahkamah bagi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp. – UTUSAN










