ROMPIN: Perjalanan cuti Hari Raya Aidilfitri sebuah keluarga di Pulau Tioman di sini, berakhir duka apabila tiga beranak maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas di Jalan Tekek–Juara, semalam. Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Sabri Ja’afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, serta anak mereka Muhammad Yusuf Abdurrahman, 5. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika keluarga itu dalam perjalanan…










