KUALA LUMPUR: Aktiviti dua sindiket pengedaran dadah terbongkar selepas dua siri serbuan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Selangor dan Kuala Lumpur pada 2 dan 5 Mac lalu. Hasil serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu tiga individu ditahan selain pelbagai bahan kimia, peralatan memproses dadah serta bunga ganja bernilai keseluruhan lebih RM10.2 juta dirampas. Pengarah JSJN, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pertama dilakukan…










