KOTA BHARU: Cubaan tiga lelaki menyeludup satu tan metrik beras putih import dari negara jiran gagal apabila lori yang dinaiki mereka dikejar kira-kira 15 kilometer sebelum dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di Kampung Lundang Paku, Ketereh, dekat sini semalam. Tangkapan dan rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Landai/Op Taring Kontraband pada pukul 3 petang. Komander PPM Wilayah Tiga, Pemangku Asisten Komisioner Mohd. Khairuddin Jamal@Zainan berkata, terdahulu pihaknya mengesan…










