PASIR MAS: Helah sindiket menjadikan rumah kampung sebagai pusat transit bagi menyeludup minyak masak paket bersubsidi ke Thailand tumpas apabila tiga lelaki dicekup dalam serbuan di Kampung Lubuk Tapah, di sini semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 3.45 petang oleh Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan itu, semua suspek diberkas ketika sedang memunggah kotak minyak masak di hadapan rumah berkenaan. Ketua…











