SEREMBAN: Lebih tiga hektar hutan membabitkan kawasan di Taman Bukti dan Taman Nusa Intan di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku semalam. Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata, kebakaran di Taman Bukti melibatkan kawasan seluas lebih satu hektar di lereng bukit hutan. Katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 9.30 malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…











