PETALING JAYA: Malaysia tidak tunduk dengan sebarang halangan khususnya dari rejim Zionis Israel untuk menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah serta mempertahankan hak mereka yang tertindas di sebalik dunia kini diuji dengan hipokrasi. “Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini. …










