KUALA KRAI: Pembinaan Jambatan Wan Jamilah menggantikan jambatan gantung yang runtuh sebelum ini disifatkan sebagai ‘hadiah’ Aidilfitri paling bermakna buat penduduk Kampung Chatel Damaim di sini selepas bertahun-tahun berdepan kesukaran untuk berulang-alik. Jambatan baharu sepanjang 36 meter itu kini boleh dilalui kenderaan seberat bawah lima tan metrik sekali gus memudahkan urusan harian penduduk, khususnya pemilik kebun untuk mengangkut hasil pertanian keluar dari kampung. Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 53,…










