ALOR SETAR: Industri pelancongan di Hat Yai yang lumpuh ekoran banjir tahun lepas semakin pulih apabila hotel di bandar itu menerima lebih 80 peratus tempahan ketika cuti musim perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri lepas. Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla, Sitthipong Sitthiphataraprabha berkata, perkembangan itu memberangsangkan memandangkan sektor pelancongan di kawasan tersebut dilihat pulih lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini. “Tempahan hotel daripada pelancong ketika cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini…










