Tanda sayang, Selena Gomez cium kaki suami - Utusan Malaysia

Tanda sayang, Selena Gomez cium kaki suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES:  Pasangan selebriti, Selena Gomez dan Benny Blanco sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi spontan mereka dalam podcast, Friends Keep Secrets, mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Dalam rakaman berkenaan, Gomez yang duduk di lantai secara tiba-tiba menunduk dan mencium jari kaki suaminya, Blanco ketika sesi temu bual berlangsung. Aksi tersebut berlaku di hadapan hos, Lil Dicky dan Kristin Batalucco, yang dilihat terkejut namun kekal profesional meneruskan perbualan.

Insiden itu menjadi lebih sensasi apabila baru beberapa minggu lalu tular satu video memaparkan Blanco berkaki ayam di atas sofa, sekali gus mengundang kritikan warganet terhadap tahap kebersihannya.

Malah, terdapat segelintir peminat yang secara sinis berseloroh menyarankan Gomez agar menceraikannya.

Dalam suasana santai tersebut, Blanco tersenyum sambil menunjuk ke arah isterinya sejurus selepas insiden itu berlaku. Gomez bagaimanapun spontan bersahaja menepuk kaki suaminya dan berharap agar perkara itu tidak diperbesarkan.

Blanco kemudian menjelaskan, beliau tidak bergurau dan mengakui berasa gembira dengan tindakan isterinya itu serta menzahirkan rasa cinta yang mendalam.

Tambah Blanco lagi, beliau mengakui sentiasa berusaha mengawal diri khususnya ketika menghadiri temu bual bersama Gomez.

Menurutnya, beliau memahami pendirian Gomez yang mahu mengekalkan imej profesional dan berdikari. Justeru, beliau cuba mengelakkan daripada terlalu menunjukkan kemesraan agar isterinya dapat menyerlah sebagai individu yang berprinsip. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN