Tamim Dahri belum lagi didakwa - Utusan Malaysia

Tamim Dahri belum lagi didakwa

TAMIM DAHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Proses pendakwaan terhadap aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak yang dikatakan akan dilakukan di Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini belum berlaku setakat ini.

Tinjauan di pekarangan mahkamah tersebut sehingga pukul 12 tengah hari ini mendapati, tiada kelibat Tamim Dahri atau mana-mana individu berkaitan dilihat di situ.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini, Tamim Dahri dikatakan akan dituduh petang ini di mahkamah terbabit, namun tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, Tamim Dahri akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung tindakan merosakkan solem suci di Tapak Lama Kuil Sri Maha Muniswarar, Langkawi.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya mempunyai maklumat risikan bahawa individu terbabit dipercayai telah ke luar negara dan kini berada di negara jiran.

Katanya, maklumat risikan menunjukkan beliau telah ke luar negara melalui Thailand, namun lokasi sebenar setakat semalam masih belum dapat dipastikan dan maklumat lanjut sedang diperoleh.

Tambah Mohd. Ismail, pihaknya bersedia untuk bekerjasama secara berterusan dengan negara jiran bagi memastikan Tamim Dahri dapat dibawa pulang ke Malaysia dan didakwa. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN