BUTTERWORTH : Seorang lelaki mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu memberi suapan berbentuk wang tunai sebanyak RM53,000 kepada seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kira-kira lima tahun yang lalu. Tertuduh, Tiang Soon Ying, 40, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah telah memberi suapan wang tunai berjumlah RM10,000…










