PETALING JAYA: Syarikat penerbangan mengkaji semula pelaksanaan surcaj bahan api susulan peningkatan harga minyak global yang memberi tekanan kepada kos operasi industri penerbangan. Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, ia bertujuan membantu menampung sebahagian kos bahan api selain memastikan harga kekal kompetitif supaya dapat menawarkan pilihan perjalanan yang fleksibel kepada penumpang. Katanya, pelarasan tersebut akan disemak secara berkala selaras dengan perkembangan harga bahan api serta keadaan…










